When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them ). I listen to the prayer of every suppliant when he calls on Me.Let them also, with a will , Listen to My call , and believe in Me.That they may walk in the right way.

Surah al -Baqarah-ayat 186

Thursday 19 December 2013

Jauh ?

Bismillahirrahm anirrahim....

Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan…
Saat aku sangat mengharapkannya , dia menghilang…
Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan…
Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain…

Aku bertanya pada Robb ku:
“Ya Robb.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”

Robbku Menjawab:
“Kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”

Aku Kembali Bertanya:
“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku? ”

Jawab Robbku:
“Kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”
“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”
“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”



must remember  this :

"... Kadang-kadang ALLAH jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita. Dengan itu,  berhentilah mengejarnya. Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita dan perlu ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersirat ..."



aku

Saturday 14 December 2013

tatkala hati diduga

Kadang-kadang hati ini terasa sunyi sepi
Kadang-kadang juga jiwa ini terasa kosong tidak berisi
Masa itulah yang telah memunculkan satu rasa
Cinta yang tiba-tiba menyelinap masuk di kamar hati
Rindu juga tiba-tiba menjelma jauh di sudut hati
Semuanya datang bagaikan satu mimpi yang tak pasti
Mengapa??

Ya Rabbana,
Mengapa perasaan ini tiba-tiba hadir
Dikala aku sedang mencari-cari cintaMu
Mengapa rindu ini harus ada
Saat hatiku sedang cuba untuk merindui syahid di jalanMu
Mengapa mesti aku berharap pada cinta yang tak pasti
Sedangkan Kau harapan yang patut aku sandarkan..

Ya Rahim,
Aku sedar siapa diriku ini
Aku hanyalah hambaMu yang hina dengan longgokan dosa
Hari-hariku tidak terlepas dari berbuat dosa
Tatkala hati ini diduga oleh bisikan syaitan durjana
Aku hampir ketandusan iman di dada
Aku hampir hanyut ditelan gelombang nafsu cinta..

Ya Rahman,
Mungkin inilah ujian untukku dariMu
Sebagai kiffarah dosa-dosa yang pernah aku lakukan
Mungkin inilah juga dugaanMu
Terpaksa ku hadapinya dengan bekalan iman yang masih bersisa
Walaupun aku sedar
Jiwa ini terlalu kotor untuk menagih redhaMu..

Ya Ghafur,
Berilah aku kekuatan dan keteguhan iman
Untukku menepis dugaan cinta yang datang ini
Bantulah aku untuk bangkit dan bermujahadah
Melawan mainan perasaan ini
Tiada siapa yang layak membantuku tika ini
Melainkan Engkau,Ya Allah..

 Ya Rabbul Izzati,
Teguhkanlah hatiku ini dengan kubu keimanan
Untukku serahkan cinta ini hanya padaMu
Untukku salurkan rindu ini hanya buatMu
Untukku sandarkan harapan ini hanya untukMu
Untukku mudah menggapai pohon redhaMu
Agar aku sentiasa mendapat belaian kasih sayang dariMu..

Ya Allah,
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Aku sedar dosaku menggunung tinggi tidak bertepi
Berkenankah Kau menerima doaku ini
Layakkah aku menerima cinta manusia
Sedangkan cintaMu masih belum kutemui..

Pintaku Ya Allah,
Berilah aku petunjuk dan hidayahMu
Agar aku bertemu dengan cinta yang mencintaiMu
Hadirkanlah seorang putera agama pilihanMu
Untuk bersama denganku menggapai redha dan cintaMu
Jangan biarkan maksiat mencemarkan kesucian yang dibina
Peliharalah hubungan cintaku dengan payung rahmatMu
Agar cinta yang dibina kekal bahagia dan abadi
Di destinasi syurga Firdausi..

Nabi saw. bersabda: Salah satu di antara kalian tidak beriman sebelum ia mencintai saudaranya (atau beliau bersabda: tetangganya) seperti mencintai diri sendiri. (Shahih Muslim No.64) 
Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. (HR. Ath-Thabrani)


insan biasa,
aku       

Friday 13 December 2013

Resepi kek red velvet

BAHAN-BAHANNYA:

Red Velvet Cake

2 1/2 cup ( 250gm ) tepung yang dah diayak (maksudnya ayak dulu baru timbang ok)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted butter
2 1/2 cup (300gm) gula ---  (aku dah kurangkan jadi 250gm gula je.)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk
2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu ---- aku pakai merah jambu
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda

* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.


Cream cheese frosting: 

RESEPI 1 ( aku ikut resepi yang ini)
250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising


CARA-CARANYA:

preheat oven: 175 c

1) ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.

2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink

3) dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas 1 biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung + koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit.

6) bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takot terkoyak ke pulakan. huhu.

7) Kemudian terpulanglah nak belah 2 @ 3 @ 4.. huhu. aku belah jadi 3 lapis je. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah makan!hee.

SELAMAT MENCUBA  

yummy  -______-

omg ! makin tak tertahan bila tengok gambo kek nih . dah lama teringin nak buat sendiri wehh . makin lama tengok makin terseksa jiwa dan ragaku nak tunggu seminggu lagi nak try buat kek ni . cepat laa cuti , nak balik rumah , nak buat red velvet :'(


yang teringin,

Monday 9 December 2013

bukan sahabat biasa


Ketika saat ini,
Aku masih mengingati kenangan indah kita…
Wahai sahabatku,
Masih kamu ingat kenangan kita dibangku sekolah,
Belajar sama-sama untuk mengejar cita-cita yang di impikan.
Sahabatku,
Langit biru ini membawa aku terbang jauh menimba ilmu,
Melintasi lautan yang luas,
Gunung-ganang yang melemparkan senyuman,
Pepohon yang melambai-lambai yang menyambut kedatangan aku.
Ku masih ingat…
Nasihat mu yang mengajar aku menjadi seorang yang tabah dan tidak mudah putus asa,
Dirimu juga menyedarkan aku yang selama ini aku lupa kepada Pencipta diriku,
Yang mana aku tidak melakukan perintahNya,
Namun,
Kini aku telah kehilangan sahabat sepertimu,
Kerna kau telah pulang kepada Allah S.W.T yang Maha Agung,
Sahabatku,
Diriku amat rindu akan dirimu yang selalu menasihatiku.
Ku melihat…
Bintang-bintang bergemalapan menyinari malamku yang gelap,
Ku bersyukur seperti mana dirimu mengajar aku bersyukur kepada Allah S.W.T.
Ya Allah…
Ku berdoa agar sahabatku berada disampingMu dan rahmatilah dirinya,
Ku bersyukur Engkau mengutuskan aku seorang sahabat yang mengajar aku tentang agamaMu.
Sahabatku,
Ketahuilah bahawa dirimu bukan sahabat biasa…

 #copypaste

Saturday 7 December 2013

Laser Blended Vision

Sila sms 0163873282 atau tel 0321600332 utk temujanji- RM 6990 kedua mata utk umur 35 kebawah dan RM 7990 kedua mata umur 35 ke atas yang ingin melakukan laser blended vision untuk merancang masa depan bila umur 40 untuk melambatkan memakai cermin mata untuk membaca. tiada kesan sampingan dan harga sama tidak kira power.

Untuk mereka yg ingin bebas dari kacamata kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yg sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak boleh di rawat kerana lasik hanya mengganti kaca mata tetapi tidak memulihkan potensi mata. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat boleh buat lasik

Ini hanya utk mereka yg rabun jauh, rabun silau atau astigmatism atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.
Wanita mengandung dan menyusu sebelum umur anak 6 bulan tidak sesuai. Jika power kurang dari 800 boleh terus dtg buat full assessment 1 hari atau 2 hari sebelum prosidur lasik.

semasa sms beri umur, power dan hari akan buat pemeriksaan penuh yg memakan masa 4 jam dan hari nk buat prosidur yg memakan masa 15 minit dan boleh pulang terus atau rehat selama 2 jam. Boleh memandu selepas 4 jam. MC diberi pada hari pemeriksaan dan hari prosidur.
Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan.

Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak. Prosidur dimulakan dgn Alfatihah dan zikir terapi diri 2 oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.

Maybank credit card ada 36 month interest free dan citibank 12 months interest free lasik di prince court. EPF dan ansuran tidak boleh dilakukan.


tengok sini : http://www.youtube.com/watch?v=Nz9Y2wCasv4

sumber : page Prof Dr Muhaya https://www.facebook.com/profdrmuhaya


macam teringin tapi takut. kbye

      

motivasi diri ヅ

 *orang selalu cakap nii kan :


" Be strong "
*tapi :
 this is a phrase that's easy to say but a HARD thing to do when you are BROKEN.


* tolonglaaa percaya nii :
 
Penghalang kepada kejayaan adalah FIKIRAN sendiri bukan kecacatan atau kekurangan.



* kena jadi macam nii :
SMILE AND LAUGH MORE.
* sebab :
IT WILL KEEP THE ENERGY  VAMPIRE AWAY.
* harus !!! :
ALWAYS BELIEVE IN GOD 
*sebab : 

THERE ARE SOME QUESTIONS THAT EVEN GOOGLE CAN'T ANSWER.
*lagi satu :

belajarlah jadi insan yang REDHA dalam mengharungi UJIAN yang TIBA,
cuba menjadi BAHAGIA walau kadang-kadang DUKA
kerana kita tahu ada cintaNYA
bersama ujian yang kita RASA.


*lastly :

tolong kembali KUAT dan BERSEMANGAT !
mulakan hari-hari anda dengan SENYUMAN   :)
 
dengan penuh harapan,
aku