When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them ). I listen to the prayer of every suppliant when he calls on Me.Let them also, with a will , Listen to My call , and believe in Me.That they may walk in the right way.

Surah al -Baqarah-ayat 186

Friday 31 October 2014

Jom muhasabah diri :')

pernah tak terfikir yang segala pilihan yang awak buat,
sebenarnya telah ditentukan oleh Tuhan? tak pernah? sebab
tu awak susah redha.
kadang-kadang awak fikir, kenapa buat pilihan begitu begini.
kadang-kadang awak berharap masa berputar kembali supaya
awak boleh pilih lain.
sebenarnya awak silap. kalau semua benda boleh diputar balik
ke belakang, tak ada la yang dikatakan hikmah.
awak buat pilihan, tapi pilihan tu tak membahagiakan awak.
kenapa? adakah awak salah pilih? tak, sebab ia dah
ditakdirkan.
bukan maksudnya awak kena menyalahkan takdir. pilihan
yang awak buat tu sebenarnya atas izin DIA. kun fayakun.
ingat? semua atas izin-Nya.
ada sebab kenapa kadang-kadang pilihan awak salah. sebab
Tuhan nak awak belajar sesuatu dari situ.
ingat, kata ‘Maha’ bukan dicipta untuk manusia. Tuhan biar
awak salah, supaya awak belajar mengenal punca masalah.
contoh, awak suka pada seseorang & seseorang itu khianati
awak. awak mesti fikir, kan bagus masa putar balik. dah tentu
awak tak pilih dia. tapi awak silap sebenarnya. Tuhan izinkan
awak rasa cinta dan kecewa, sebab DIA nak ajar ada cinta
yang tak perlu sebelum tiba masanya.
katakanlah awak bercinta dan bahagia. tapi tanpa
pernikahan. dah tentu sikit sebanyak cinta awak tu hampir
kepada noda, maksiat.
jadi datang hikmah, yang berupa kekecewaan, supaya awak
sedar, cinta sebelum nikah tu sia-sia.
Tuhan tu Maha Mengetahui. DIA tahu setiap nafas, setiap
upaya, setiap rasa awak. bukan DIA sengaja biar awak
kecewa, sedih. tak.
cara Tuhan bekerja ni lain. DIA bekerja penuh rahsia. lalu DIA
bagi awak kesedihan, supaya awak belajar sesuatu tentang
pilihan.
jika pilihan yang awak buat sekarang menyedihkan, move on.
di hadapan ada pilihan lain yang lebih baik inshaAllah.
tak guna awak bersedih tentang pilihan yang salah setiap
hari. sedangkan Tuhan beri nafas supaya awak hidup
melangkah untuk hari esok.
apa pun pilihan yang awak buat, dan sama ada ia buat awak
gembira atau terluka, awak cuma hamba kepada Tuhan.
ada sebab kenapa Tuhan beri awak sama ada gembira atau
kecewa. sebab DIA nak kita lebih dekat pada DIA.
dan apa jua pilihan yang awak buat, sama ada pada akhirnya
awak gembira atau kecewa, awak belum mati. masih ada masa
untuk buat sesuatu.
just don’t die before the time come. jangan mati sebelum tiba
ajal. maksudnya jangan mengalah selagi ada nafas. teruskan
mencari.
kecewa, bahagia, senyum, menangis, terluka, gembira, there’s
so much to live in this life. and it’s all worth it.
apa jua yang awak rasa semasa hidup ni, nikmatilah ia. sebab
semua benda ada nilai dan hikmah tersendiri.
walaupun yang datang pada awak cuma benda-benda musibah,
yakinlah kalau tak di dunia, di akhirat ada yang lebih baik.
sebab selagi awak boleh buat pilihan, berikhtiar la untuk cari
pilihan yang baik. kerana cuma orang mati yang tak ada pilihan dah.

#copypaste


Live your life. Smile and always pray to Allah. Even though you have to go through a lot of sorrow, believe that it’s worth it.

 

No comments:

Post a Comment